ROTI CANAI TRANSFER ROAD BIADAP!
February 16, 2018
Seawal pagi di Penang, kami berempat sempat sarapan di Roti Canai Transfer Road.
Okay ini review yang akan saya update do blog ya.
1) RASA (3/5)
Secara jujur, roti canai telur diorang memang sedap. Dan roti canai biasa pon sedap juga la. Sedap maksud saya disini, boleh telan dan ada rasa. Takda la sampai setiap suapan nak puji bagai. No. No. Hanya sedap sahaja.
2) LOKASI (2/5)
Okay lokasi haruslah kelaut kan. Dah kalau lokasi pon tepi jalan. Korang nak expect apa? Bas, kereta, lori lalu belakang korang je sebab kerusi meja memang kat bahu jalan... Bawa mengucap la bila bas lalu laju, memang rasa diri akan melayang.
3) PARKING (2/5)
Oleh kerana lokasi pon tepi jalan, parking apatah lagi. 750meter juga berjalan. Dari bilik wangi-wangi, sampai sini memang berpeluh balik la. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang sejati, haruslah kitorg membebel sepanjang 750m tu.
Berbanding dengan brader mat salleh (but doesnt look like typical ‘mat salleh’), gosh dia enjoy hokey jalan jalan ni. Lagi best, tak berpeluh pulak mamat ni. Haih!
4) SERVICE (1/5)
Memandang saya memang dari background ni, sorry to say la. 1/5 terus hakak bagi. Oh korang mesti akan cakap, “kedai pon tepi jalan. Nak expect apa lagi? Takkan nak bagi servis hotel?” *pandangtajam*
Takda la nak harap servis hotel. Tapi biar beradab. Kita serve orang. Orang bagi duit bayar korang bukan hanya untuk makanan, tetapi juga servis.
5) VALUE FOR MONEY (2/5)
Ahaa! Caya tak kalau saya kata harga dia dah macam makan dekat restoran Bidayah kat TTDI tu?Hahahahaha.... Kau jangan mimpi dapat harga kampung kat sini walau dia beratus batu dari Kuala Lumpur. #buffingnails
Okay sekarang kita komen kenapa hakak cakap biadap.......
1st, saya pergi makan dengan boss dan member sekerja. Boss dari London (mix pakistani + indian). Surprise juga la dia tak kisah makan tepi jalan. Katanya nak try.
1st, masa order. Mamak ni dtg, terus tanya,
Mamak : Apa mau? Roti telur taruk ayam berapa?
Me : Roti canai biasa ada? Saya tak mau telur.
Mamak : Ada ada. Berapa mau?
Me : 3 Roti Telur Ayam. 1 Roti biasa takmau ayam. (Reason : roti telur buat saya mual, dan saya tak makan ayam kalau masak lembik2 ni).
Mamak : Okay
(Selepas 5minit..., dia datang bawa 4 pinggan. Semua ada ayam... Mamak yang sama ya!!.)
Me : Mana yang takda ayam saya order?
Mamak : Semua ada ayam
Me : OK! (Panas ati muka dah merah. Mat Salleh tadi selamber amik ayam aku xcakap apa)
Katanya bukan masalah besar. Tak worth it nak berangin. Orait fine.
Dah makan, sekali roti telur diorg bagi. Sumpah panas ati masa tu. So terus bangun and amik nasi lemak kosong je. Roti tadi bagi mat salleh yang kebulur sangat tu. #rollingeyes
Okay part nak bayar. Air kitorg dah bayar sesiap. Then saya panggil mamak tadi kira. Dia terus minta RM27. Aah korang. RM27! Saja nak ulang balik, RM27....!
Haruslah saya tanya satu-satu, pesal sampai RM27.
Me : Ini berapa satu? (Sambil tunding jari ke pinggan)
Mamak : Semua RM27
Me : Ini berapa satu? Saya mau tahu.
Mamak : Semua RM27! (Dia mula naik suara. Sambil tadah tangan nak duit and buat sign suruh bg cepat)
Me : Okay listen. Saya bercakap bahasa melayu yang mudah difahami. Kalau tuan tak faham, saya boleh berbahasa inggeris dan kawan saya boleh bercakap tamil dan hindi. Saya tanya sekali lagi, ini satu berapa? (Nada masih sama tone nya tapi sedikit tegas....)
Mamak : Saya tak tau. Semua RM27! U paham tak?
(Kau tak rasa macam nak mencarut?)
Mat Salleh : How much?
Mamak : RM27!
Mat Salleh : RM50. (Sambil hulur not RM50)
(Time ni memang double panas ati kan. Dah motif dia ni nak bagi? Nak dimarah, boss aku. So saya pilih untuk diam je la)
Dah bayar, dapat baki. Kitorg nak blah, datang mamak dari mana ntah, tetiba minta duit
Mamak 2 : Hey hey. Ini bayar la (tunding jari dekat nasi lemak aku)
Me : Yang RM27 tu apa benda?!
Mamak : Itu saya taktau. Saya mau ini. RM1.30!
Me : Yang ini satu berapa? (Tunding jari dekat roti canai)
Mamak : Saya taktau. Takmau tau. Ini lain kedai. Saya punya, ini nasi sama air. RM1.30
Me : (bagi RM1.30)
Terus blah.......
Masuk kereta, lama juga la tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas. Phewwww!
MasyaAllah. Boleh jadi gila bercakap dengan diorg ni. Dengan panas lit lit. Stress hidup aku.
Tapi satu mat salleh ni tegur, dan tertusuk dihati juga la
“Kita berpelajaran, seharusnya kita tahu bagaimana bila deal dengan orang bawah dari kita, jangan expect banyak dari diorg. Bertengkar kat sana untuk RM27, tak berbaloi. Moody dipagi hari bawa ke petang hanya kerana RM27, tak berbaloi. Baik bayar RM27 tu, dan jangan datang lagi. Yang rugi dia, bukan u. You ada 7-8k followers, yang standby untuk baca your review. Power tu ada dekat you, bukan diaorang. Jadi berbaloi ke kalau tadi you masih argue tentang harga? Tak kan? Jadi jom kita jalan jalan. Saya belanja makan hari ni. Esok event besar. Jangan stress lebih okay?”
Ahaks! Sentap mak nokkk....
Tak apa lah. So itu kali pertama dan terakhir kami akan ke Roti Canai Transfer Road. Mahei! Servis teruk.
So overall, saya cuma beri mereka 2.5/5. Sorry guys!
Yang Benar,
Fat Siti But Not Fat
5 komen
RM27 yer...bapak mahal...ker dia main kira jer?
ReplyDeletebiadap juga diorang tu rupanya
hahaha
tapi betul lah cakap orang putih tu...
Sampai sekarang tak tahu berapa sepinggan ðŸ˜
DeleteYou pernah pi la?
That is so rude... thank you for your review. memang tak akan pergi. hehe saya pulak yang terlebih panas dengan apa yang jadi. tapi your boss is very cool.
ReplyDeleteBoss i x reti marah orang. Hahaha.... Kami la tukang marah orang yang dia geram. LoL
DeleteBut psl mamak tu, of course la kita nak tahu apa yang kita bayar. Kot la terDOUBLE kira ke.. Takkan sebab ada sorang foreigner, and salah sorang dr kitorg pon rupa macam foreigner, kau boleh caj ikut suka hati?
U pernah x pergi sini? *sad*
Mahalnya! Saya yang baca pun rasa geram
ReplyDelete